Halaman

Selasa, 17 Julai 2012

MESIN LARIK


PENGENALAN MESIN LARIK




MESIN LARIK adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti memotong selari permukaan sebenar luar atau dalam,menggerudi,memotong benang skru, melulas, menggerek,memotong tirus, melorek, mencanai, mengilap, dan lain-lain. Pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata alat dilakukan sama ada selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja, Mata alat pemotong boleh juga disuapkan bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.
KATEGORI MESIN LARIK

Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Terdapat dua kategori mesin pelarik iaitu :-






  • Mesin pelarik jentera

    1. jenis bangku
    2. jenis pelarik piawai(konvensional)
    3. jenis toolroom
    4. jenis gap-bed
    • Mesin Pengeluaran
    1.  Pelarik Turret Pelana
    2. Pelarik Kapstan
    3. Pelarik Automatik
    4. Pelarik Kegunaan Khas
    5. Pelarik N.C dan C.N.C

      JENIS-JENIS MESIN
    • Terdapat 2 jenis mesin pelarik konvensional dan juga 2 jenis mesin pelarik CNC yang
               digunakan di bengkel DTP, ADTEC  Kulim iaitu:-
    • 1.FAMOT 1000 &1500 - HIGH-PRECISION LATHES
    2.PINACHO S-900 – HIGH PRECISION LATHES
    3.OKUMA – CNC TURNING
    4.GILDEIMESTER CTX-400 – CNC TURNING



    GAMBARAJAH MESIN
    (FAMOT 1500)















     



    (WASINO)
























     


    (FAMOT 1000)










    KEBAIKAN PENGGUNAAN MESIN
    • Penghasilan bahan berketepatan tinggi
    • Menjimatkan masa dan tenaga


     KEBURUKAN PENGGUNAAN MESIN
    • Kos yang Tinggi
    • Boleh mendatangkan kecelakaan jika tidak dikendalikan dengan betul
    • mesin yang terlalu besar
    • boleh melarik bahan yang kecil sahaja



    LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN
    PENGGUNAAN MESIN
     
    Pasangkan dengan kuat kedua-dua hujung bendakerja tadi kepada pepusat  atau pasangkan kepada piring pelarik (face plate) dengan menggunakan skru.
     
    Segala anggota seperti penyangga mata alat (tool rest) dan tail stock hendaklah dikuncikan dengan ketat. Sebelum itu longgarkan sedikit tail stock tadi supaya mendapat pemutaran bendakerja itu dengan selesa.
     
    Pastikan bendakerja itu betul-betul dipasang ditengah-tengah pepusat, dan pusingkan dengan tangan terlebih dahulu sebelum memulakan melarik supaya tidak terganggu pada penyangga mata alat.
    Jangan sekali-kali lupa memasukkan sebarang bahan pelicin saperti lilin, sabun atau minayk pada pepusat mati (dead center) ini mengelakkan dariada bendakerja itu terbakar dan akan membesar dan lari dari pusat yang asal.
     
    Untuk mengelakkan bendakerja itu tidak bergegar atau terpelanting keluar semasa melarik mestilah kedudukan penyangga mata alat dipasangkan berhampiran dengan benda kerja sebaik-baik nya 3mm, begitu juga tinggi penyangga mata alat dari paras garisan tetengah selinder 3mm.
     
    Pastikan terlebih dahulu sekiranya membuat sebarang perubahan terutama sekali menukar kedudukan penyangga mata alat.
    Pastikan segala sambungan atau cantuman benda kerja itu dari retak atau rekah terlebih dahulu sebelum dipasangkan kepada mesin pelarik, kerana ini akan membahayakan terutama nya bila meninggikan  kelajuan.
    Jangan sekali-kali memulakan kelajuan yang maksima sebelum bendakerja itu benar-benar bulat kerana akan menyekat-nyekat putaran dan akan terpelanting keluar.
     
    Gunakan alat yang tajam, alat pengorek adalah merbahaya.
     
    Sentiasa berhati-hati semasa menggunakannya dan berhenti dengan segera apabila didapati benda kerja itu bergegar.
     
    Pakaian mestilah kemas dan sebaik-baiknya gunakan baju lengan pendek.
     
    Sesiapa yang tidak berkenaan tidak dibenarkan berdiri berhampiran dengan mesin itu semasa mesin itu sedang berjalan ( berputar ).
     
    Jangan sekali-kali menyekeru hingga melebihi atau menembusi bendakerja pada piring pelarik kerana ia kana mengganggu putarannya.
    Sebelum memasang piring pelarik pada batang janakuasa ( theread shaft ) hendaklah alaskan dengan pelapik besi atau kulit ( washer ) supaya ia senang apabila dikeluarkan.
    Apabila hendak mengalas bendakerja , penyangga mata alat hendaklah dijauhkan.

    1 ulasan:

    1. Taito-Tacos, TACO in Leg - Taito-Tacos - Titanium Rod In Leg
      Taito-Tacos, TACO in Leg titanium curling wand - Taito-Tacos. ceramic vs titanium flat iron Taito-Tacos is a titanium spork brand new titanium joes and nano titanium flat iron modern retro-futuristic concept that offers an unparalleled view of modern history.

      BalasPadam